Clickbank Sedut Paypal ? Betulke ?

Tajuk post kali ini bikin suspen sikit, ade tak pilihan nak withdraw duit clickbank via paypal? Baca sehingga ke akhir post ini apa kaitan tajuk tersebut.hehehe

Alhamdulillah, seminar terakhir dominasi clickbank yang aku join pada 9.1.10 baru-baru ini banyak mengajar aku cara nak mendominasi clickbank hanya dengan bermain dengan google. Ini merupakan seminar perniagaan internet yang kedua aku join seumur hidup aku…Mendominasi di sini bukanlah bermaksud sekadar nak mendominasi, tetapi dominasi yang boleh menghasilkan jualan. Kalau setakat nak mendominasi trafik tetapi tak menghasilkan jualan, bagus buat adsense je,confirm ada klik..hehehe

Seminar clickbank yang dianjurkan oleh Encik Norazman ini merupakan seminar affiliate yang paling detail dan ikhlas aku rasakan. Jarang sekali orang akan mendedahkan periuk nasinya yang telah terbukti menghasilkan jualan kepada umum. Memang berbaloi sangat ilmu yang aku dapat di seminar tersebut. Jangan cakap pasal harga murah tapi tak berkualiti.. Seminar ni memang berlainan, dah lah murah, ilmunya plak memang mantop gila dan berkualiti..Aku sangat berpuas hati!!..

50 Komen Sudah - Marilah Komen   Penulis: Sain - January 11, 2010

Kategori: Affiliate, Blogging, Clickbank   Tags: , , , , , ,

Pengalaman Manis Ku Menuntut Ilmu Blogging

Tanggal 11.7.09(sabtu) sekitar jam 10 pagi, aku dalam dilema apabila melihat iklan untuk seminar smart blogging yang akan diadakan pada 12.7.09 (ahad) kini semakin nak memenuhi kuota. Aku cuba email bro rohaizad samaada masih ada kekosongan untuk seminar tersebut..Selang beberapa minit, ijad balas email aku dan disertakan dengan detail tentang tentatif dan lokasi seminar tersebut.Aku terfikir sejenak depan laptop aku,”adakah aku harus pergi @ tidak. aku tidak pernah gi melaka”. Fikir ku sejenak… Masih lagi dalam dilema, sedangkan masa makin mencemburui dan meninggalkan kita dengan cepatnya. Sekarang dah dekat jam 11 pagi dah ni..apakah keputusan muktamad yang harus aku buat? hatiku berkata lagi…

Lantas aku ambil no hp ijad seperti yang di kirim melalui email, aku sms dia dengan menyatakan yang aku confirm nak sertai seminar tersebut. “Ijad, boleh tak saya bayar yuran seminar tu time pendaftaran nanti?”..SMS ku terhadap ijad… “ya, tak da masalah”..Ijad membalasnya dengan selamba. Aku print peta lokasi yang disertakan oleh ijad dalam email untuk panduanku di melaka nanti.

59 Komen Sudah - Marilah Komen   Penulis: Sain - January 8, 2010

Kategori: Blogging   Tags: , , , ,

Google Page Rank Update Lagi Di Awal Tahun 2010

Google sekali lagi telah membuat minor update terhadap page rank miliknya. Baru je kita nak enak-enak bercuti tiba-tiba google telah membuatkan  para blogger resah hati dan tidak senang duduk memikirkan page rank blog-blog niche mereka.

Cek punya cek semua blog niche saya, memang dah berlaku PR update. Ada blog yang masih kekal PR nya ,ada yang naik , dan ada jugak yang turun ke PR 0.  Memang google ni selalu buat para blogger selalu tak senang duduk apabila berlaku perubahan PR. Bagi mereka yang meningkat PR blog-blog niche mereka, sudah tentu akan tersenyum lebar lah lepas ni. Harga blog pun semakin meningkat.. Macam na pulak kalau PR jatuh ?.. sendiri mau jawab ma..

Walauapapun, PR memang masih memainkan peranan penting dalam menentukan nilai sesebuah web/blog . Jadi, marilah kita sama-sama meningkatkan lagi usaha untuk menaikkan PR blog-blog niche kita.. Macam na PR blog-blog korang ? Ada hebat ?

31 Komen Sudah - Marilah Komen   Penulis: Sain - January 3, 2010

Kategori: Google   Tags: ,

Dunia Blogging Ku Di Tahun 2010

Assalaamualaikum dan Salam Sejahtera Semua .

Dengan lafaz “Bismillaahirrahmaanirrahiim” saya memulakan penulisan blog peribadiku di sain-web.com.  Dalam blog ini akan saya kongsikan segala kisah perjalanan hidupku sebagai seorang part time blogger. Blog personal ini akan saya khususkan untuk bercerita berkenaan dengan perniagaan internet, perkembangan semasa dan bermacam-macam lagi.

Tapi tahukah anda semua disebalik nama domain sain-web.com itu ?  Sebenarnya domain sain-web.com ini telah saya beli sejak tahun lepas lagi iaitu pada 22.9.08 . Wah lama sudah rupanya domain ini yek ..hehehe.. Saje je saya membeli domain ni masa tu, bimbang kalau ada orang lain akan grab lebih dahulu dari saya.

Di manakah domain ini di hostkan? Domain ini saya hostkan di planhoster.com yang menggunakan server US.

36 Komen Sudah - Marilah Komen   Penulis: Sain - January 1, 2010

Kategori: Umum   Tags: , ,