Pengalaman Manis Ku Menuntut Ilmu Blogging

Tanggal 11.7.09(sabtu) sekitar jam 10 pagi, aku dalam dilema apabila melihat iklan untuk seminar smart blogging yang akan diadakan pada 12.7.09 (ahad) kini semakin nak memenuhi kuota. Aku cuba email bro rohaizad samaada masih ada kekosongan untuk seminar tersebut..Selang beberapa minit, ijad balas email aku dan disertakan dengan detail tentang tentatif dan lokasi seminar tersebut.Aku terfikir sejenak depan laptop aku,”adakah aku harus pergi @ tidak. aku tidak pernah gi melaka”. Fikir ku sejenak… Masih lagi dalam dilema, sedangkan masa makin mencemburui dan meninggalkan kita dengan cepatnya. Sekarang dah dekat jam 11 pagi dah ni..apakah keputusan muktamad yang harus aku buat? hatiku berkata lagi…

Lantas aku ambil no hp ijad seperti yang di kirim melalui email, aku sms dia dengan menyatakan yang aku confirm nak sertai seminar tersebut. “Ijad, boleh tak saya bayar yuran seminar tu time pendaftaran nanti?”..SMS ku terhadap ijad… “ya, tak da masalah”..Ijad membalasnya dengan selamba. Aku print peta lokasi yang disertakan oleh ijad dalam email untuk panduanku di melaka nanti.

Selang beberapa minit kemudian, aku call kawan aku kat asrama bertanyakan macam na nak gi melaka? nak ikut stesen bas mana? . Lepas berkemas dan membawa sehelai baju oren yang berbelang hitam di lengan kiri dan kanan yang akan ku pakai time seminar nanti, aku masukkan baju tersebut dalam beg hitam ku.AKu keluar meninggalkan bilik asrama dengan doa dan harapan yang tinggi, semata-mata untuk menuntut ilmu blogging. Aku menyewa teksi dari asrama dan pergi ke hentian pudu seperti mana yang di arahkan oleh kawan aku kat asrama tadi. Inilah pertama kali aku pergi hentian pudu walaupun aku dah 3 tahun berada di KL. Sesampai ku di hentian pudu, aku terus bertanya dengan pelayan di kaunter pertanyaan, dan bertanya di manakah kaunter pembayaran untuk pergi ke melaka..Aku puas hati dengan layanan yang diberikan dan dengan pantas aku pergi ke tempat yang pelayan tadi maksudkan.. Yeh, aku dah jumpa kaunter tersebut. Aku pun membayar RM 12.20, masa perjalanan jam 1.pm, no paltform 12, tempat duduk 13, syarikat Ekspress DELIMA SDN BHD. Itulah yang tercatit di atas tiket basku..

Setiba ku di melaka central, aku menggagahkan diriku untuk bertanya orang yang berada disekitar tersebut. Benarlah kata2 hikmat ini “Malu bertanya,sesat jalan”.. AKu naik bas henti2 yang dicadangkan oleh orang yang memberi tunjuk arah tadi. Aku dihentikan berdekatan hospital besar melaka. Nah dari situ lah peta yang aku print tadi menjadi penunjuk arah yang paling berguna buat ku. ‘Jauh lagi ka perjalananku ke destinasi di tuju ni?”..hatiku bertanya. Aku berjalan kaki sehinggalah aku terjumpa masjid al-azim yang juga menjadi landmark dalam peta tersebut. Aku berehat sebentar di masjid sambil menunaikan kewajiban. Aku tidak resah lagi kerana aku sudah semakin hampir dengan lokasi seminar, seperti yang tercatat dalam peta tersebut. Aku teruskan lagi perjalanan dan akhirnya hatiku cukup gumbira apabila melihat tulisan “HOTEL STRAITS  MERIDIAN” sudah didepan mataku..Ah, lega rasanya..Kelegaan itu hanya sekejap saja aku rasa, kerana hati ini diundang lagi dengan keresahan lain. “Di manakah aku nak tidur malam ni?.aku tak da sesiapa di sini.” Aku baru ingat yang ijad ada bagi rekomen untuk orang jauh boleh menginap di hotel murah seperti Hotel Kancil. Aku pun mencari lagi di mana kah hotel kancil itu…Cari punya cari tak jumpa, sebab dia memang tak ada dalam peta yang aku print. AKu gi rehat sebentar di warung sekitar tersebut untuk menghilangkan dahagaku. Aku bertanya lagi pelayan warung tersebut tentang lokasi hotel kancil. Aku sambung perjalananku untuk mencari tempat tidurku malam ini. Cari punya cari,tanya punya tanya orang cina kat situ, akhirnya jumpa jugak tempat menginap ku malam ini.Aku membayar RM 60 untuk satu malam di hotel kancil itu.. (Ok lah …aku nak berehat dulu bercerita..Aku nak tidur penat ni menaip..)

Diringkas kan cerita, pagi itu aku bangun awal. Semalam tidurku memang tidak lena di hotel tersebut. Fikiranku asyik berfikir, macam mana ijad boleh menjana income hanya dengan berblogging. Walau apa pun yang bermain difikkran ku..sebenarnya aku sudah berada dilandasan yang betul dengan keputusan last minute yang kau buat semalam. Ya aku sudah membuat keputusan yang betul, dan hari ini aku akan lihat sendiri jawapan bagi persoalan2 yang bermain diifkiranku semalam. Dengan semnagat yang sangat berkobar-kobar, aku datang awal ke tempat seminar tersebut kerana hendak membayar yuran seminar di kaunter pendaftaran. Modal ku berseminar ialah RM 350. Aku duduk barisan paling hadapan ( fuh, semangat gila). Ramai kenalan blogger temapatan yang hadir masa seminar tersebut.

Untuk mengetahui dengan lebih detail apa yang ada dalam seminar smart blogging tu, tidak perlu lah aku terangkan semuanya di sini. Anda boleh klik di sini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Sebab apa yang ijad akan ajar dalam seminar semuanya ada dinyatakan di sini.

Alhamdulillah, hasil dari menyertai seminar smart blogging itu, kini aku sudah mula merasai kemanisan berblog..Kini sudah masuk bulan ke 6 aku menjana income dari teknik ni. Income aku tidak lah banyak sepertimana IM dan blogger tempatan yang hebat diluar sana..Tapi, untuk seorang student seperti aku ni, ianya sudah cukup berbaloi untuk aku membuat simpanan bulanan dalam akaun bank..Untuk berbelanja harian, sudah tiada masalah…

Seminar perniagaan internet pertama yang aku join ialah seminar smart blogging anjuran bro rohaizad.com. Hasil dari teknik ini, kini aku sudah mempunyai 15 niche blog( tidak termasuk domain adsense, domain bahasa melayu dan lain2 domain, campur semua dekat 30) yang aku ada.. dan yang pentingnya semua 15 niche blog itu mestilah english blog.. Maklumlah, teknik ijad ni, hanya bermain dengan player international je..Di luar sana potensi niche blog memang cukup luas dan kalau kena caranya, tidak mustahil untuk akaun paypal kita akan dipenuhi dengan USD yang berkepul-kepul ( malas nak tunjuk). hehehe..

Moral of the story dari cerita ku di atas :

  • Mesti ada semngat- baru leh apa yang kita nak tu tercapai. Contoh, aku semangat nak  menuntut ilmu buat duit dengan blog ,aku sanggup gi   melaka walaupun itu merupakan  pertama kali aku gi sana(tak semestinya sampai ke negara China..hehehe) ..Kalau hangat2 tahi ayam sahaja, susah untuk aku jawab. Dan alhamdulillah,apa yang aku nak kan sejak aku pasangkan niat sebelum aku melangkah keluar dari bilik asrama ku kini sudah aku dapat..
  • Selalu bertanya pada yang pakar – seperti kata2 hikmat ini “malu bertanya sesat jalan”
  • Tindakan @ usaha memang wajib – semangat yang berkobar-kobar mestilah dijelmakan dengan tindakan yang betul dan tidak menyimpang. Ada semangat, tapi tindakan tiada, tak da guna jugak.Ada semangat ,tapi tindakan tak betul @ tidak kena caranya, pun menyebabkan lambat nak merasa income. Kalau ni yang terjadi, mulalah semangat tu luntur. kalau dah luntur, semua plan terbengkalai.hehehe
  • F.O.C.U.S – Focus One Company Untill Success – Dah berjaya merasa kemanisan, baru leh cari peluang lain, sambil yang dah beri hasil tu diteruskan..Tengok aku, mula2 adsense.. aku fokus dan buat benda tu sampai menjana income…Alhamdulillah, blog adsense yang aku setting sejak dulu2 lagi, sampai sekarang masih lagi menjana income goyang kaki untuk aku setiap bulan..Bak kata Munawar, “setting once, and leave it forever..lepas tu bina lagi empayar(niche) yang lain”…..Tinggal hari2 je tengok akaun ada masyuk, yang penting adsense aku tidak pernah kosong setiap hari kecuali hositng down…Hujung bulan je, mesti pergi bank untuk tunai western union…Bulan lepas aku beli kamera digital guna duit adsense… Harga Kamera RM 600++++..hehhee.. Dah goyang kaki dengan adsense, baru leh cari peluang baru…
  • Researh,researh,research..
  • DOA

Ok lah , setakat sini je dulu…aku kena tidur awal…esok aku kena p lab nak bermain dengan cell culture aku…tesis belum siap lagi weiii…

P/S: Kini aku memandang ke hadapan dengan mendalami lagi ilmu affliate aku yang tak seberapa. Blogging tetap akan kuteruskan sambil2 nak menambahkan income online aku melalui affilate di tahun baru 2010 ini. Yang penting income itu mesti HALAL.

Share and Enjoy:
  • Print this article!
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks